Hari-hariku semakin bersinar :)

Assalamualaikum semua, rindunya nak tulis blog .. da lama x update cerita-cerita baru .. sekarang saya pon da semakin bahagia dan bahagia .. fuhh ! sound gonna be crazy right .. hahahaa .. thats what I feel right now ..

MOHD KHUZAINI BIN DAUD 


Dia adalah punca saya masih bernyawa sehingga kini .. di saat saya di dalam kesulitan, dia hadir menghulurkan tangan .. di saat saya menangis, dia meringankan tangan mengelap air mata saya dan memujuk saya .. Dia berjaya menyakinkan saya bahawa memaafkan lebih baik dari bermusuh .. kerana dia, saya menjadi seorang yang lebih bersemangat dan aktif ..

Kami hanya berkawan baik dan rapat seperti pasangan kekasih namun hakikat sebenar kami hanya pasrahkan diri dengan takdir yang telah ditetapkan .. berjodoh atau tidak itu adalah urusan Allah, kami tetap mencari kebahagiaan kami sendiri .. kami pernah menjadi pasangan kekasih namun terpisah kerana kesalahan masing-masing .. tapi kami masih lagi rapat seperti biasa kerana sahabat tidak akan terpisah walaupun ada duri yang menusuk ..

Pada permulaan, khuzaini ingin memiliki hati saya kembali namun saya menolak atas alasan saya tidak mempunyai hati untuk dia lagi .. kerana pembohongan itu, saya menipu dan terus menipu .. biarpun saya menyakiti hati dia, dia masih tetap setia di sisi saya dan membahagiakan saya .. saya rasa serba salah dan terharu terhadap keprihatinan dia .. dia seorang lelaki yang baik .. tidak dinafikan itu .. menceriakan hari-hari saya dan ingin saya kembali tersenyum sudah cukup membuat hati dia gembira .. kerana dia ingin berada di samping saya selalu untuk membuang rasa sedih yang menghantui .. saya rasa menyesal .. menyesal menyakiti dia ..


Kini, setiap masa saya bersama dia .. kami bahagia bersama walaupun tiada ikatan yang serius .. sekarang dia kuat membebel .. hahahaha .. saya selalu marah dia tapi saya tahu dia bebel untuk kebaikan saya .. dan saya ingat setiap bebelan dia ue .. selalu pesan jangan bawak kereta laju-laju .. sentiasa positif dan relax .. setiap persoalan pasti ada jawapan .. andai suatu hari nanti saya lepaskan dia, alangkah bodohnya saya .. dia adalah pelindung saya .. saya tak mahu hilang dia lagi .. hati kami telah kembali bersatu .. I do love u b :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan